Pengunjung Blog/Web bertambah secara cepat dan mudah Click DISINI

Jangan Merasa Puas Bahagia di Dunia

Share on :
Bismillahirrahmaanirrahiim.

Pancaindera itu, memberi 1001 teka teki yang tidak terfikir jawapannya~
Tertarik dengan satu tajuk di dalam buku yang bertajuk “Hati Sebening Mata Air – Amru Khalid”. Tiada kebahagiaan yang kekal sempurna di atas muka bumi ini. Senyum. Benar-benar membuatkan saya tersenyum sambil membaca, sehinggakan seorang sahabat menegur kehairanan.
Bahagia di dunia, pasti ada kesusahan pula menyapa. Dan apabila kesusahan menyapa, pasti ada pula kebahagiaan yang akan tiba. Allahuakbar! Begini cara ALLAh mendidik hati kita.. Subhanallah!
ALLah memberikan semuanya sesuai dengan setiap keadaan. Tidak begitu?

Tiada Yang Kekal Sempurna di Dunia

Cuba, kalau kita semua fikir-fikir.. Setiap kegembiraan dan kebahagiaan, pasti ada suatu perasaan yang berlawanan akan dialami selepas itu ataupun sebelum itu. Benar kan? ALLAh SWt tidak menjadikan kenikmatan dan kebahagiaan di dunia ini dengan sangat sempurna.
Kenapa?
Kerana, kebahagiaan yang kekal itu hanya tersedia di syurga. Itu ganjaran bagi orang yang sangat sabar menerima sentuhan tarbiyah dari ALLAh SWT.
Hatta menikmati kejadian alam yang indah pun akan membuatkan kita semua lelah kepenatan. Kenapa? Sebab di syurga, indahnya beribu kali ganda dari dunia.
Indahnya syurga! Terpulang kepada diri kita sendiri untuk membayangkan macam mana keindahan syurga itu. Yang pasti, syurga itu lebih indah dari apa yang kita bayangkan. Tidak salah saya kira, namun penekanan dalam kehidupan adalah, bagaimana kita semua supaya layak menjadi syurga ALLAh SWT.

Fikir, Tahu dan Buat!

Bersederhana dalam Bergembira

Apapun kemenangan, kegembiraan, kebahagiaan dalam hidup ini.. Jangan mudah untuk merasa puas. Besederhanalah. Kerana semuanya tidak akan kekal melainkan ALLAh akan datangkan sesuatu yang berlawanan dengan apa yang anda alami.
Saya tidak cakap, jangan bergembira. Saya cuma saran, bersederhana.
Mungkin pada hari ini, kita terlalu gembira. Hari esok, kita akan terlalu sedih. Maka, dengan bersederhana, jiwa kita tidak akan terkejut dengan apa yang akan terjadi. Kerana kita tahu, ALLAh punya rancangan tersendiri.
Dan yang penting, jangan sesekali berasa sombong dan bongkak. Orang yang bersifat sebegini ALLAh murka dengannya. Hal ini kerana, ALLAh melihat kita semua di dunia ini sama. Ya, sama. Melainkan tingkatan ketaqwaan kita yang berbeza.
Saya doa dan yakin, anda semua muslim yang bertaqwa! Bi iznillah.
Kasih Sayang ALLAh Sebenarnya
Hey sahabat yang dikasihi.. Apapun bentuk nikmat dan dugaan yang kita semua lalui, satu pegangan yang kita pasti adalah semuanya adalah kerana DIA ingin mentarbiyah diri kita. Bukanlah segala dugaan itu merupakan kebenciaan ALLAh. Tetapi ia merupakan bentuk kasih sayang ALLAh SWT. Buktinya,
“Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan yang lemah, kemudian DIa menjadikan sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian DIa menjadikan (kamu) itu sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban…” – ar Rum : 54
Kerana ALLAh nak bagi kita syurga, nikmat dan rehat yang panjang. Saya kira, jika kita sudah merasa puas di dunia, apakah kita masih akan terasa kepuasan yang telah disediakan oleh ALLAh di syurga sana?
Subhanallah. Siapakah diantara kita yang tidak inginkan syurga yang di dalamnya itu tidak terdapat kegusaran, hasad dengki, cemburu. Di syurga itu, hanya terdapat ucapan yang baik-baik mendoakan kesejahteraan sesama sendiri.
Anda mahu syurga? Saya mahu. Maka, mari sama-sama kuatkan semangat menempuh kehidupan. Sahabat, jangan lupa. ALLAh sentiasa bersama kita. Tidak kira dalam keadaan apapun. Maka, bergembiralah! 

Semoga ALLAh merahmati.

0 komentar on Jangan Merasa Puas Bahagia di Dunia :

Post a Comment and Don't Spam!

 

Chat

Pengikut

Entri Populer