Pengunjung Blog/Web bertambah secara cepat dan mudah Click DISINI

Takabur

Share on :

JANGAN SOMBONG

"Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Allah s.w.t berfirman : 'Kemuliaan ialah serban-Ku dan kesombongan ialah sarung-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dalam kedua-dua sifat itu, nescaya Aku akan melemparkannya ke dalam neraka."

Takabbur

Betapa ramai yang berkuasa, terhenyak ke bawah akibat takbur. banyak ilmuan yang terhina kerana takabbur. Sifat ini juga adalah sebab kemusnahan Iblis, Firaun, Qarun, Namrud, dan lain-lain. Malangnya, manusia tidak pernah beljar daripada kemusnahan mereka. Benarlah di dunia ini satu ujian, ujian ini menzahirkan ketakburan dalam diri manusia sekalian.
Umat Islam sangat hina pada masa kini disebabkan ketakburan kepada Allah. Apabila Allah tegaskan kemuliaan itu hanya pada takwa, kenyataan ini hanya dipandang sebelah mata. Berapa ramai yang menjadikan takwa sebagai buruan dan tujuan tertinggi dalam hidup? Apabila Allah memberitahu bahawa hukum Nya ialah jaminan dan ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan, berapa ramai yang akur dan patuh?
Punca ketakburan ialah takabbur kepada Allah. Orang yang takabbur cuba menyaingi Allah. Mungkin tidak ada lagi manusia yang berani mengaku dri Tuhan seprti Firaun dan Namrud, namun tindak-tanduk manusia sangat menjurus ke arah itu.

Lawan takabbur ialah Tawadduk.

Orang yang tawadduk, merasakan dirinya tidak dimiliki dan memiliki apa-apa selain Allahu Subhanahu Wata'ala.
Orang tawadduk tidak akan membangga-bangga kebaikan dan kebolehan yang dimiliki kerana semua itu adalah kerana izin Allah. Ketika diberitahu kepada Sayidina Abu Bakar bahawa Allah memuji kebaikan yang telah dilakukannya, beliau tidak merasa gembira, sebaliknya beliau menangis. Ketika ditanya mengapa, dia mnerangkan kebenarannya, Allah memuji diri Nya sendiri. Bukankah dengan bermodalkan kurniaan Allah beliau dapat melakukan kebaikan? Oleh itu, teladanilah sifat tawadduk Sayidina Abu Bakar. Hayatilah apa yang diungkapkan oleh Ibn Ataillah dalam kalimahnya : " Dosa yang menyebabkan engkau menagis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur."
Menurut Imam al-Ghazali : Sifat takabbur itu akan terhazir pada cara dia memalingkan muka, memandang dan mengerling, menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonansi suara, cara berjalan, berdiri, duduk, gerak, dan tenangnya.

Tanda-tanda Takabbur

  • Tidak suka berdoa
  • Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
  • Sukar memberi atau meminta maaf
  • Memotong cakap orang lain
  • Gila kuasa dan jawatan
  • Cara berpakaian dan berjalan yang angkuh
  • Gila pujian
  • Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
  • Tidak suka berziarah
Kesan Takabbur
  • Allah akan memalingkan hati orang yang takabbur. Firmannya yang bermaksud : 'Aku akan memalingkan (hati) orang yang sombong takabbur di muka bumi tanpa alasan yang benar, daripada (memahami) ayat-ayat - Ku (yang menunjukkan kekuasaan-Ku). (Surah al-A'raf  146)
  • Tidak disukai Allah. Firmannya yang bermaksud : 'Sesungguhnya dia tidak suka kepada orang yang sombong takabbur'. (Surah al-Nahl  16 : 2)
  • Idaman neraka jahanam
  • Terjerumus dalam maksiat
  • Allah tidak akan memandang kepadanya

0 komentar on Takabur :

Post a Comment and Don't Spam!

 

Chat

Pengikut

Entri Populer